Taqwa

Taqwa bermaksud bukan sahaja takut Kepada Allah tetapi lebih daripada itu ‘buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah’. JiKa sekadar takut sahaja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak beerti,jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangkaji pelajaran. Takut Kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan...

Tuesday, April 13, 2010

Sebab kejatuhan umat "ISLAM"

MARI KITA BELAJAR DARI SEJARAH


Siapa yang pernah menjejaki Sepanyol
akan merasa takjub dengan peninggalan
umat Islam Sepanyol di bawah kerajaan
Islam di suatu masa dahulu.
Sehinggakan dikatakan walaupun ada
pihak pakar teknologi hari ini yang
cuba mengaplikasikan kembali teknologi
yang telah dibuat beratus tahu dahulu,
tetapi mereka tidak mampu menirunya
walaupun contoh tersebut berada di
depan mata mereka. Teknologi umat
Islam di zaman itu bukan sahaja
canggih tetapi kemajuan dan peradaban
mereka menjadi contoh kepada negara-
negara Eropah yang lain. Yang
menghairankan kita mengapa di sebalik
kemajuan teknologi yang canggih dan
peradaban yang menjadi contoh itu, di
kala itulah Islam jatuh tersungkur di
tangan orang bukan Islam dan terhina
sehinggalah ke hari ini. Marilah kita
selidiki apa yang telah belaku di
suatu masa dahulu.

ULASAN

Sepanyol pernah berada di bawah
empayar Islam. Namun Islam di Sepanyol
hancur musnah dibasmi habis-habisan
hingga seolah-olah tidak pernah tegak
kerajaan Islam. Kemusnahan dan
kehinaan ini bukan berpunca dari
lemahnya pentadbiran, bukan kerana
sedikitnya jumlah tentera. Bukan
kerana tiada ilmu pengetahuan,
kemajuan dan ekonomi. Tetapi ianya
berpunca lemahnya iman dan taqwa. Cuai
dalam hubungan dengan Tuhan. Ibadah
yang diabaikan terutamanya solat.
Runtuh akhlak dan roboh perpaduan.
Hilang kasih sayang dan semangat bela-
membela.

Umat Islam ketika itu sudah tidak lagi
mengerjakan solat malam atau Tahajud.
Ini bererti pautan hati dengan Tuhan
sudah terlalu lemah. Mereka sudah
memutuskan saluran bantuan Tuhan.
Ikatan syariat juga secara automatik
turut menjadi longgar. Kemungkaran dan
kezaliman sudah mula menyelinap ke
dalam kehidupan masyarakat Islam
khususnya para pemimpin. Mazmumah
dalam diri mula bertapak dan semakin
sehari semakin subur. Masing-masing
sudah mula melihat dunia ini terlalu
indah, sudah mula mengatur langkah
memburu duniawi.

Sebelum pihak musuh menawan Sepanyol,
mereka menghantar pasukan perisikan
untuk mendapatkan maklumat kedudukan
umat Islam khususnya di kalangan
tentera. Mereka mahu bertindak tepat
pada masanya. Ertinya mereka tidak
bertindak menyerang di sebarangan
masa, tetapi hanya pada masa yang
sesuai. Pihak perisikan musuh itu
hanya ingin mendapatkan dua situasi.

Pertama, ialah apabila didapati umat
Islam sudah tidak mengantuk di siang
hari. Mereka meneliti dan mahukan
maklumat di mana mata umat Islam tidak
merah dan segar bugar sebagai tanda
sudah tidak bangun malam (qiamullail)

Kedua, ialah apabila didapati di
kalangan umat Islam sudah mula tidak
membela saudaranya yang lain, sudah
mula iri hati, hasad dengki, umpat
keji, kata nista, mencerca saudaranya
yang lain. Ertinya perpaduan sudah
terbarai.

Memang tepat. Ketika tentera musuh
menyerang Sepanyol, dua perkara pokok
dan utama itu sudah sangat terabai,
sudah dipandang sepi dan tidak lagi
diambil perhatian serius. Bukan sahaja
tidak bangun malam, malah ibadah solat
yang fardhu sudah kehilangan roh,
sudah tidak khusyuk dan sudah tidak
didirikan sebagaimana yang dilakukan
oleh salafussoleh. Ertinya solat
mereka tidak memberi kesan untuk
membina peribadi agung. Solat mereka
sudah tidak lagi mencapai rasa
kehambaan yang mendalam dan rasa
bertuhan yang tinggi. Bererti juga
solat sudah tidak membakar dan
memusnahkan mazmumah mereka.

Apabila keyakinan lemah, maka jiwa pun
menjadi kerdil. Akal juga turut
menjadi tumpul kerana penumpuan kepada
aspek yang sangat remeh iaitu untuk
diri, keluarga dan duniawi. Kesannya
ialah semangat perjuangan pun luntur.
Keadaan demikian itulah yang dikatakan
sebagai terpisah dari alam kerohanian.
Mereka terhijab dari bantuan Tuhan.
Mereka tersisih dan terputus, hubungan
dengan kerajaan dan pemerintahan
ghaib. Bukan sahaja Tuhan tidak
pandang dengan pandangan rahmat, lebih
dari itu ialah Allah SWT murka ke atas
mereka lalu ditimpakan dengan berbagai
bencana, musibah dan kehinaan.

Waalahualah

No comments:

Post a Comment