Taqwa

Taqwa bermaksud bukan sahaja takut Kepada Allah tetapi lebih daripada itu ‘buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang ditegah’. JiKa sekadar takut sahaja tak jadi apa-apa. Misalnya takut gagal dalam peperiksaan tidak beerti,jika tidak diikuti dengan rajin membaca buku dan mengulangkaji pelajaran. Takut Kepada Allah mestilah diikuti dengan melakukan ketaatan dan menjauhi larangan...

Friday, April 30, 2010



Assalamulaikum
....
setelah beberapa hari tidkku singgah ke blog ini...tiba2 hati ini mengajak untuk menulis sedikit coretan hati yg sedang kedukaan...

Hari ini tidakku gambarkn betapa sedihnya hatiku ini....entahlah tidak ku duga begitu berat dugaan yg datg kepada ku.....mungkin semua ini untuk menghapuskn semua dosa2 silamku...astarfirlahhalazim...
jiga betul sangkaan ku yaAllah ku mohon agar ampunkanlh segala dosaku agar aku tergolong dikalangn hamba2mu yg soleh..aminn..

sahabat2 ku yg mengenali hamba allah yg hina ini...ku mohon ampun jika tersalah kata,terlajak kata,tersinggung perasaan,terambil barng tampa memberitahu,halalkn makan minumku selama sahabt2 mengenaliku..
mudah mudahan kita diampuni segala dosa2..........
dan digolongkan diantara para ambia dan para solihin..amin amin ya robbalalamin....Jazakallah

Tuesday, April 13, 2010

RENUNGKANLAH!!

RENUNGKANLAH
------------
assalamualaikum...salam ukhwah sahabat semua..hari ini hari bersama2 kita renungkan sifat2 sombong yg selalu ada pada setiap manusia...


Siapakah orang yang sombong
Orang yg sombong adalah orang yg di beri penghidupan tapi tidak mahu sujud
pada yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah Rabbul Alaamin, Tuhan
sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit pada
TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri.
Siapakah orang yang telah mati hatinya
Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat2
Qur'an, Hadith dan cerita2 kebaikan namun merasa tidak ada apa2 kesan di
dalam jiwa untuk bertaubat.
Siapakah orang dunggu kepala otaknya
Orang yg dunggu kepala otaknya adalah orang yg tidak mahu lakukan ibadat
tapi menyangka bahawa Tuhan tidak akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu
dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.
Siapakah orang yg kuat
Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam
kemarahan.
Siapakah orang yg lemah
Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya
tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu.
Siapakah orang yang bakhil
Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca
selawat keatas junjungan Rasulullah s.a.w.
Siapakah orang yang buta
Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meneliti akan
kebesaran Al Qur'an dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya.
Siapakah orang yang tuli
Orang yg tuli adalah orang yang di beri nasihat dan pengajaran yg baik
namun tidak di endahkannya.
Siapakah orang yang sibuk
Orang yg sibuk adalah orang yg tidak mengambil berat akan waktu solatnya
seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s.
Siapakah orang yg manis senyumanya
Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg di timpa musibah lalu
dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya
Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.
Siapakah orang yg menangis airmata mutiara
Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri
lalu mengingat akan kebesaran Tuhan dan menyesal akan dosa-dosanya lalu
mengalir airmatanya.
Siapakah orang yg kaya
Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yang ada dan tidak
loba akan kenikmatan dunia yg sementara ini.
Siapakah orang yg miskin
Orang yg miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yg ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.
Siapakah orang yg pandai
Orang yg pandai adalah orang yang bersiap siap untuk hari kematiannya
kerana dunia ini berusia pendek sedang akhirat kekal abadi
Siapakah orang yg bodoh
Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk
dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan.
Siapakah orang yang maju dalam hidupnya
Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa
mempertingkat ilmu agamanya.
Siapakah orang-orang yg mundur hidupnya
Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak memperdulikan akan
halal dan haramnya akan sesuatu perkara itu.
Siapakah orang yang gila itu
Orang yang gila itu adalah orang yang tidak sembahyang kerana hanya dua
syarat saja yg memperbolehkan akan seorang itu meninggalkan sembahyang,
pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya.
Siapakah orang yg rugi
Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.
Siapakah orang yg selalu ditipu
Orang yg selalu di tipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu
berlaku hanya pada orang tua.
Siapakah orang yg paling cantik
Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik.
Siapakah orang yg mempunyai rumah yg paling luas
Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal
amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.
Siapakah orang yg mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit
Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
Siapakah orang yg mempunyai akal
Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa
neraka.

Sebab kejatuhan umat "ISLAM"

MARI KITA BELAJAR DARI SEJARAH


Siapa yang pernah menjejaki Sepanyol
akan merasa takjub dengan peninggalan
umat Islam Sepanyol di bawah kerajaan
Islam di suatu masa dahulu.
Sehinggakan dikatakan walaupun ada
pihak pakar teknologi hari ini yang
cuba mengaplikasikan kembali teknologi
yang telah dibuat beratus tahu dahulu,
tetapi mereka tidak mampu menirunya
walaupun contoh tersebut berada di
depan mata mereka. Teknologi umat
Islam di zaman itu bukan sahaja
canggih tetapi kemajuan dan peradaban
mereka menjadi contoh kepada negara-
negara Eropah yang lain. Yang
menghairankan kita mengapa di sebalik
kemajuan teknologi yang canggih dan
peradaban yang menjadi contoh itu, di
kala itulah Islam jatuh tersungkur di
tangan orang bukan Islam dan terhina
sehinggalah ke hari ini. Marilah kita
selidiki apa yang telah belaku di
suatu masa dahulu.

ULASAN

Sepanyol pernah berada di bawah
empayar Islam. Namun Islam di Sepanyol
hancur musnah dibasmi habis-habisan
hingga seolah-olah tidak pernah tegak
kerajaan Islam. Kemusnahan dan
kehinaan ini bukan berpunca dari
lemahnya pentadbiran, bukan kerana
sedikitnya jumlah tentera. Bukan
kerana tiada ilmu pengetahuan,
kemajuan dan ekonomi. Tetapi ianya
berpunca lemahnya iman dan taqwa. Cuai
dalam hubungan dengan Tuhan. Ibadah
yang diabaikan terutamanya solat.
Runtuh akhlak dan roboh perpaduan.
Hilang kasih sayang dan semangat bela-
membela.

Umat Islam ketika itu sudah tidak lagi
mengerjakan solat malam atau Tahajud.
Ini bererti pautan hati dengan Tuhan
sudah terlalu lemah. Mereka sudah
memutuskan saluran bantuan Tuhan.
Ikatan syariat juga secara automatik
turut menjadi longgar. Kemungkaran dan
kezaliman sudah mula menyelinap ke
dalam kehidupan masyarakat Islam
khususnya para pemimpin. Mazmumah
dalam diri mula bertapak dan semakin
sehari semakin subur. Masing-masing
sudah mula melihat dunia ini terlalu
indah, sudah mula mengatur langkah
memburu duniawi.

Sebelum pihak musuh menawan Sepanyol,
mereka menghantar pasukan perisikan
untuk mendapatkan maklumat kedudukan
umat Islam khususnya di kalangan
tentera. Mereka mahu bertindak tepat
pada masanya. Ertinya mereka tidak
bertindak menyerang di sebarangan
masa, tetapi hanya pada masa yang
sesuai. Pihak perisikan musuh itu
hanya ingin mendapatkan dua situasi.

Pertama, ialah apabila didapati umat
Islam sudah tidak mengantuk di siang
hari. Mereka meneliti dan mahukan
maklumat di mana mata umat Islam tidak
merah dan segar bugar sebagai tanda
sudah tidak bangun malam (qiamullail)

Kedua, ialah apabila didapati di
kalangan umat Islam sudah mula tidak
membela saudaranya yang lain, sudah
mula iri hati, hasad dengki, umpat
keji, kata nista, mencerca saudaranya
yang lain. Ertinya perpaduan sudah
terbarai.

Memang tepat. Ketika tentera musuh
menyerang Sepanyol, dua perkara pokok
dan utama itu sudah sangat terabai,
sudah dipandang sepi dan tidak lagi
diambil perhatian serius. Bukan sahaja
tidak bangun malam, malah ibadah solat
yang fardhu sudah kehilangan roh,
sudah tidak khusyuk dan sudah tidak
didirikan sebagaimana yang dilakukan
oleh salafussoleh. Ertinya solat
mereka tidak memberi kesan untuk
membina peribadi agung. Solat mereka
sudah tidak lagi mencapai rasa
kehambaan yang mendalam dan rasa
bertuhan yang tinggi. Bererti juga
solat sudah tidak membakar dan
memusnahkan mazmumah mereka.

Apabila keyakinan lemah, maka jiwa pun
menjadi kerdil. Akal juga turut
menjadi tumpul kerana penumpuan kepada
aspek yang sangat remeh iaitu untuk
diri, keluarga dan duniawi. Kesannya
ialah semangat perjuangan pun luntur.
Keadaan demikian itulah yang dikatakan
sebagai terpisah dari alam kerohanian.
Mereka terhijab dari bantuan Tuhan.
Mereka tersisih dan terputus, hubungan
dengan kerajaan dan pemerintahan
ghaib. Bukan sahaja Tuhan tidak
pandang dengan pandangan rahmat, lebih
dari itu ialah Allah SWT murka ke atas
mereka lalu ditimpakan dengan berbagai
bencana, musibah dan kehinaan.

Waalahualah

Monday, April 12, 2010

'HAYATILAH INTAN PERMATA KITA'

Kasih seorang ibu...

Assalamualaikum,

Nurse, boleh saya tengok bayi saya?" ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dan tidak kepada seorang jururawat.
Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu.
Si ibu menyambut dengan senyum meleret. Dibuka selimut yang menutup
wajah comel itu, diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuan.
Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak
sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat
bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga.
Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti
sehingga bayi yang sedang lena itu merengek.Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup
mengembirakan si ibu.

Masa terus berlalu...

Pulang dari sekolah suatu tengahari, anak yang tiada cuping telinga
itu yang kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu
bagaimana dia diejek rakan-rakan. "Mereka kata saya cacat," katanya
kepada si ibu.
Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat.
Si anak menerimanya dan dia muncul pelajar cemerlang dengan menyandang
pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga, si
anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk Ayah kanak-
kanak itu bertemu doktor. "Saya yakin dapat melakukannya jika ada
penderma," kata pakar bedah. Bermulalah suatu pencarian bagi mencari
penderma yang sanggup berkorban.

Setahun berlalu...
"Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah
mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan," kata
si ayah. Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai
manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa
rendah diri yang kerap dialaminya hilang.
Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok,
bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajaran. Pada usianya
lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.
"Sebelum saya berangkat keluar negara, saya ingin tahu siapakah penderma
telinga ini, saya ingin membalas jasanya," kata si anak berkali-kali.
"Tak mungkin," balas si ayah. "Perjanjian antara ayah dengan penderma
itu masih berjalan. Tunggulah, masanya akan tiba." "Bila?" tanya si anak.
"Akan tiba masanya anakku," balas si ayah sambil ibunya
mengangguk-angguk.
Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya.
Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda
ibunya, perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku.
Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping
telinga ibunya tiada.
"Ibumu tidak pernah memotong pendekrambutnya," si ayah berbisik ke
telinga anaknya. "Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat, dia
tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang
pernah ayah temui. Tak percaya... tanyalah pada sesiapa
pun kenalannya."

Ps :

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui.Selagi ibu kita ada didunia ini, ciumlah dia, cium tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah SYURGA DI BAWAH TELAPAK KAKI IBU, penyesalan di kemudian hari tidak berguna,
selagi hayatnya ada, curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya, 'love u mom'